Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online

Tahukah anda, di zaman teknologi serba canggih semua perkara hanya di hujung jari dan tak perlu kita keluar rumah hanya sebab benda remeh-temeh.

Mudah dan cepat renew lesen perniagaan SSM melalui ezBiz Online. 5-10 minit je duduk depan laptop buat urusan renew tu. Dah tak payah susah2 pergi kaunter SSM.

 

Siapa yang buat bisnes tak kiralah bisnes online atau offline memang patut guna perkhidmatan EzBiz Online ni. Bukan untuk renew je.. Nak daftar perniagaan baru pun boleh guna ezBiz online ni.

Cuma permulaan ni ada step-step kena daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu sebelum dibolehkan guna sistem online yang SSM sediakan ni.

Daftar Sebagai Pengguna EzBiz Online

Berikut cara daftar dan aktifkan ID untuk guna ezBiz Online :

  • Daftar sebagai pengguna di portal ezbiz.ssm.com.my menggunakan email yang sah.
  • Pergi mana-mana kaunter SSM, bawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di email pengguna.
  • Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
    Urusan selesai dan boleh gunakan ezBiz Online serta merta.

Buat online lebih jimat masa. Kalau renew di kaunter SSM mesti nak kena tunggu giliran lamakan? So, sekarang dah boleh jimatkan masa.

NAK LOGO SYARIKAT YANG PROFESIONAL DAN TERKINI?

Dapatkan logo yang murah dan hasil seperti harga ribuan ringgit KLIK SINI

Cara Renew Lesen Perniagaan SSM Melalui EzBiz Online

Sekarang saya nak tunjukkan pada anda cara renew lesen perniagaan SSM melalui EzBiz Online pula.

Cara-caranya…

Pertama sekali, login akaun ezBiz Online yang dah diaktifkan di laman web ezbiz.ssm.com.my.

Kemudian anda pergi ke menu “My Business Services” dan tekan link “Renewal by Owners” (bahagian “Renewal Service”).

Kemudian akan terpapar senarai perniagaan yang kita dah didaftarkan. Kalau daftar 1 syarikat anda akan nampak 1 syarikat je. Kalau daftar beberapa perniagaan lain, akan dipaparkan juga di dalam kotak itu.

Untuk renew, tekan ikon di bahagian “Action”.

Selepas anda klik ikon tersebut, boleh lihat paparan maklumat perniagaan yang anda nak renew. Scroll ke bawah sampai bahagian Renewal Form.

Pada bahagian Renewal Form ini akan di paparkan tarikh luput tempoh pendaftaran perniagaan anda. Kalau dah terlebih tarikh (tamat tempoh) biasanya akan dikenakan kompaun / denda.

Boleh pilih anda nak renew lesen perniagaan SSM selama 1 tahun, 2 tahun atau maksima 5 tahun. Jika dikenakan kompaun, sila bayar sekali dengan fee untuk renew.

Pada kotak “Business Info”  ada pilihan YES atau NO. Kalau nak salinan dokumen Business Info, pilih YES dan anda dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10.60 (harga termasuk 6% GST). Jika tak perlu, pilih NO.

Business Info adalah dokumen beberapa muka surat yang tertulis Maklumat Perniagaan, Jenis Perniagaan, Maklumat Cawangan (jika ada), dan Maklumat Pemilik Perniagaan.

Bila dah sedia untuk buat bayaran, tick pada kotak “I confirm that the fact……” dan tekan butang “Proceed to Payment“.

Cara Bayaran Renew SSM Secara Online

Sebelum membuat bayaran, ezBiz akan paparkan dulu maklumat harga untuk renew lesen perniagaan dan terdapat 2 pilihan cara bayaran — PAY ONLINE dan PAY OVER THE COUNTER.

Sila pilih PAY ONLINE untuk buat bayaran renew SSM secara online..

Jika anda pilih PAY OVER THE COUNTER anda kena buat bayaran di kaunter.

Cara bayaran secara online anda boleh pilih nak bayar guna Kad Kredit / Kad Debit, atau bayar melalui Online Banking. Jika anda nak bayar guna Kad Kredit / Debit, isi maklumat kad di ruangan yang disediakan.

Jika anda pilih bayaran dengan Maybank2U sila tekan logo Maybank2U. Jika nak bayar dengan CIMB pula sila tekan logo CIMB Clicks.

Selepas anda pilih bayar melalui mana-mana bank, portal akan dibuka laman web bank itu untuk anda login dan teruskan proses pembayaran.

Login akaun bank, semak detail bayaran dan request TAC. Kemudian selesaikan buat bayaran.

Kemudian anda klik Continue with Transaction dan akan terpapar Tax Invoice dengan segala maklumat pembayaran yang sudah dibuat.

Anda boleh save as pdf atau print Tax Invoice tersebut.

SSM EzBiz Online Tax Invoice

Download Sijil Perniagaan SSM

Langkah seterusnya untuk dapatkan sijil pendaftaran perniagaan yang anda dah renew.

Pergi ke menu “My Business Services” dan pilih “Renewal History“. Kemudian tekan ikon di bahagian “Action” untuk lihat Renewal Detail.

Scroll ke bawah lagi dan anda akan nampak butang “Download Certificate” dan “Download Business Info“.

Tekan butang itu untuk download sijil dan simpan. Kemudian anda boleh print.

Link download sijil SSM dan Business Info terdapat had masa. Anda boleh download dalam masa 14 hari dari tarikh renew. Selepas 14 hari, link download itu tidak boleh digunakan. Pastikan anda download segera sijil SSM yang anda renew.

 

Mudahkan renew lesen perniagaan SSM melalui ezBiz Online?

Jika anda belum daftar akaun EzBiz Online sila daftar di laman web ezbiz.ssm.com.my.

NAK LOGO SYARIKAT YANG PROFESIONAL DAN TERKINI?

Dapatkan logo yang murah dan hasil seperti harga ribuan ringgit KLIK SINI

× Whatsapp Sekarang!